Kitab Al Adab (Pekerti Yang Luhur): Koleksi Hadith-hadith Adab Dalam Islam
Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Kaherah, Mesir
Penerbit: Pustaka Salam
Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita sebaik-baik adab, adab yang telah dibentuk oleh wahyu daripada Allah. Kitab al Adab ini merupakan himpunan hadith-hadith yang menerangkan adab dalam Islam, lantas menjadi huraian berkenaan akhlak Islami yang luhur. Kitab ini dihuraikan bersama dalill al Quran & hadith, membicarakan kepada kita seperti apa sebenarnya akhlak kekasih kita, Saidina Muhammad SAW.
Antara yang dipaparkan di dalam kitab al Adab ini adalah hadith-hadith berkenaan akhlak kepada ibu dan bapa, sehingga jihad fi sabilillah adalah tidak diizinkan sehingga mendapat keizinan ibu dan bapa berserta huraiannya, kasih sayang kepada anak dan cara menyampaikan kasih sayang yang paling menurut sunnah Rasulullah SAW, berbuat baik kepada jiran tetangga dan hak-hak seorang jiran, kasih sayang dan cinta kerana Allah, kedudukan tolong menolong yang mulia di sisi Islam dan banyak lagi.
Kesemua dalil hadith diambil daripada hadith shahih riwayat al Bukhari dan ayat al Quran daripada tafsir Jalalain, tafsir al Qurthubi dan Ibn Kathir. Insha Allah, menjadi bekal buat para pembaca dalam menyelusuri manhaj nabawi, dengan berakhlak Mulia.






