Thursday, April 14, 2011

Apa Ertinya Saya Menganut Islam


Apa Ertinya Saya Menganut Islam? (Maza Ya'ni?)
Fathi Yakan
Penerbit: Pustaka Salam

Islam sesungguhnya merupakan cara hidup, bukan setakat agama, yang melingkupi setiap aspek kehidupan. 'Maza Yakni Intima Lil Islam' menghuraikan erti keislaman dari pelbagai sudut bagi seorang muslim Isam dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, keluarga, dan lain-lain. Buku ini sangat penting dalam melalui manhaj tarbawi, dalam mempersiapkan dalaman seorang jundi, untuk meniti hari-hari sebagai seorang mujahid.
Bahagian Pertama menghidangkan pembaca dengan persoalan-persoalan 'Saya mestilah Muslim di sudut aqidah', 'Saya mestilah Muslim di sudut Ibadah', 'Saya mestilah dapat menguasai diri' dan seterusnya. 
Bahagian Kedua mengandungi persoalan-persoalan yang lebih semangat, 'Saya mestilah hidup untuk Islam', 'Saya mestilah meyakini bahawa beramal untuk Islam itu wajib', 'Saya mestilah mengetahui pemusatan amal Islam' dan banyak lagi. Dua bahagian buku ini seolah-olah membawa pembaca secara bertahap menaiki tangga kefahaman amal Islami.
Antara pembaikan yang telah dilakukan oleh pihak penerbit adalah mengesan sumber rujukan setiap hadith yang diutarakan oleh as Syeikh Fathi yakan serta menukilkan kata-kata ulama' hadith mengenainya seperti az Zahabi, Ibn Hajar, dan lainnya. Moga-moga para pembaca mendapat manfaat darinya. 


No comments:

Post a Comment