Thursday, March 31, 2011

Tafsir Fi Zilalil Quran

Biodata Sayyid Qutb

Al Maqhfurulahu al ‘Arif billah as Syahid Sayyid ibn Qutb brahim telah dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Musyah, daerah Asyut, Egypt dalam satu keluarga yang kuat mematuhi ajaran agama dan mempunyai kedudukan yang terhormat di kampung itu. Bapanya Haji Qutb Ibrahim seorang yang disegani umum dan banyak berbakti kepada orang-orang miskin. Ibunya juga seorang yang bertaqwa dan menyintai al Quran.

Sayyid Qutb ialah seorang penulis yang prolifik yang bukan sahaja menulis dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah ilmiyah terkemuka, malah menerbitkan majalah-majalah yang lebih berwawasan dari majalah-majalah yang wujud masa itu hingga menggugatkan pihak-pihak yang tertentu di zaman itu. Penulisan-penulisan beliau diminati ramai terutama generasi muda. Pada tahun 1945 beliau bermula menulis buku dan sehingga ke tahun 1950 beliau telah berjaya menghasilkan 26 buah buku yang bermutu dalam berbagai-bagai bidang penulisan sastera Islamiyah.

Tahun 1951-1964 merupakan masa peralihan beliau kepada penulisan-penulisan Islamiyah yang serius karya agung yang menjadi buku-buku warisan Islamiyah yang penting. Dan kerya yang menjadi mercu tanda daya penghasilan intelektualnya ialah tafsir “Fi Zilalil Quran” dan Juzuk pertama dari tafsir ini muncul pada tahun 1952 dan beliau telah menyelesaikan penulisan tafsir ini sebanyak tiga puluh Juzu‘ pada akhir tahun lima puluhan, iaitu mengambil masa kira-kira hampir lapan tahun.

Tafsir Fi Zilalil Qur’an adalah ditulis dengan bersandarkan kepada kajian beliau yang mendalam, yang ditimba secara langsung dari al Quran dan as Sunnah, di samping bersumberkan kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar.

Pada 29 Ogos 1966 beliau telah menemui syahadatnya di tiang gantung setelah didapati bersalah oleh “Mahkamah Tentera” yang telah ditubukan oleh kerajaan revolusi di zaman itu.







Penerbit: Pustaka Darul Iman










No comments:

Post a Comment