Baitul Maqdis Kesucian Yang Dipertahankan
Hj Mohd Hanif bin Hj Ismail
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
"Buku ini dengan jalinan fakta yang lengkap membentangkan sejarah menang-kalah bangsa-bangsa yang pernah muncul dalam kancah perebutan takhta dan kuasa di Baitul Maqdis. Tentang Harga diri, daya juang, kerakusan, dendam, keberanian, cinta kepada pertiwi, dan semangat membela agama.
Menyingkap hati nurani watak-watak manusia yang pernah atau pernah cuba menjajah, menjarah, menakluk, membuka, dan yang mencatat era gemilang di Baitul Maqdis. Baik para antagonis seperti Jenggis Khan, Hulagu, Richard Si Hati Angsa, Arnold, Philip Augustus, dan Frederick Barbarosa di satu pihak, mahupun tokoh-tokoh protagonist Islam seperti Umar al Khattab, Imaduddin Zanki, Nuruddin Zanki, Shalahuddin al Ayubi, Saifuddin Qutz, az Zahir Baybar, Qalawun, dan Ashraf Salahuddin di satu pihak yang lain.
Meniti babak demi babak dalam layar sejarah ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa segalanya 'dipentaskan' mengikut kronologi yang telah diberitahu oleh Allah dan rasul-Nya. Siapa Yahudi sejati, siapa Nasrani tulen, dan siapa Muslim sebenar... Semuanya tersingkap di atas pentas al Quds.
Lebih dari itu, buku ini mengimbau segala kelebihan dan keistimewaan Baitul Madis yang akhirnya akan membangkitkan rasa cinta terhadap tanah suci ketiga dalam Islam ini."

No comments:
Post a Comment