Palestin: Masalah Kita Bersama
Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi
Penerbit: Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd
"Masalah Palestin bukan semata-mata masalah warga Palestin dan Arab saja, tetapi juga masalah bersama umat Islam di manapun berada. Al Quds yang terletak di Palestin adalah kiblat pertama umat Islam, bumi tempat lahirnya para nabi dan rasul pilihan, kota ketiga yang diberkati dan dimuliakan Allah SWT serta menjadi medan jihad di jalan Allah SWT.
Palestin kini diceroboh oleh Zionis dan telah di Yahudikan terang-terangan, sementara penduduk Muslim di situ telah diseksa dan diusir, bahkan Yahudi sedang merancang untuk merobohkan Masjid al Aqsa. Oleh itu, apakah mereka akan dibiarkan menginjak-injak harkat dan kehormatan umat Islam seluruhnya?
Buku ini berupaya mengemukakan pelbagai persoalan yang sewajarnya kita ketahui bersama sekaligus menjawab pelbagai dakwaan palsu penceroboh Yahudi itu."

No comments:
Post a Comment